Thursday, December 30, 2010

SELAMAT DATANG & KEMBALI KE SEKOLAH SESSI 2011


1. Kepada pelajar-pelajar baru, diucapkan selamat datang. Semoga dengan kehadiran saudara/i akan membawa momentum baru dalam melonjakkan lagi kecemerlangan di SMKA Falahiah.

2. Kepada pelajar-pelajar kanan, diucapkan selamat kembali menyambung pembelajaran sesi 2011. Buat para pelajar yang akan menghadapi PMR, SPM & STPM 2011, buatlah persedian seawalnya.

3. Kepada guru-guru yang dihormati serta dikasihi, didiklah para pelajar dengan penuh dedikasi serta keikhlasan supaya mereka bukan sahaja mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik, bahkan cemerlang dari aspek akhlak serta iman.

4. Kepada pihak pentadbir, rencanalah & uruslah sekolah dengan penuh rasa tanggungjawab dalam mencapai visi & misi sekolah yang telah dipersetujui bersama.

5. Kepada kumpulan staf sokongan, sumbangan anda semua adalah amat besar dalam menjayakan segala perancangan & pengurusan sekolah dalam melicinkan lagi segenap aspek aktiviti & gerak kerja.

Insya Allah, kerjasama erat semua pihak mampu mengekalkan tradisi kecemerlangan di SMKA Falahiah, insya Allah.

No comments: