Wednesday, November 18, 2009
SELAMAT MENEMPUHI SPM & STPM 2009
Selamat menempuhi SPM & STPM 2009 kepada semua calon di SMKA Falahiah. Kami, warga Al-Falah mendoakan kejayaan anda semua. Semoga tradisi kecemerlangan di SMKA Falahiah dapat diteruskan lagi, insya Allah.
Labels:
Al-Falah
Tuesday, October 06, 2009
Monday, September 28, 2009
Sunday, September 27, 2009
Sunday, September 06, 2009
IFTAR PERDANA AL-FALAH 2009/1430 : LAPORAN DALAM SINAR HARIAN

keratan akhbar Sinar Harian, Jumaat, 4 September 2009, mukasurat Kota Bharu K6
* Pembetulan,
- Muhammad Zuhaili ialah Pengarah Program Iftar Perdana Al-Falah, bukannya Biro Kerohanian.
- Alumni SMKA Falahiah, sudah lama ditubuhkan, sebelum dikenali dengan nama Al-Falah, persatuan ini telah dikenali dengan nama Rabitah Syabab Falahiah (RSF).
Labels:
Al-Falah
Monday, August 31, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-52
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Labels:
Al-Falah
Tuesday, August 25, 2009
IFTAR PERDANA AL-FALAH 2009/1430

Sukacita dimaklumkan bahawa, Al-Falah menganjurkan Majlis Iftar Perdana Al-Falah 2009. Majlis ini terbuka kepada semua warga Al-Falah, dan maklumat program adalah seperti berikut;
Tarikh : 28 Ramadhan 1430H / 18 September 2009
Tempat : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan.Tarikh : 28 Ramadhan 1430H / 18 September 2009
Bayaran penyertaan :
1) RM40 - ahli yang sudah bekerjaya
2) RM20 - ahli yang masih belajar di kolej/universiti
Sila hubungi wakil generasi untuk pengesahan penyertaan :
SPM1989 - Hasif (0129889797)
SPM1991 - Irwan (0176133416)
SPM1995 - Syarbaini (0132168134)
SPM1997 - Naim (0129512025)
SPM1998 - Firdaus/Mat (0139588977)
SPM1999 - Mahadi (0199669499) , Pidaq (0199852382)
SPM2000 - Naqiudin (0126130651)
SPM2001 - Jazli (0199166405)
SPM2002 - Muizudin (0139341806)
Aturcara program adalah seperti berikut :
5.30 ptg : Ketibaan hadirin dan dif-dif jemputan
6.00 ptg : Cabutan bertuah
6.15 ptg : Ucapan Alu-aluan
- Mohd Razif Abdullah, YDP Al-Falah
- Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Abdul Majid, YDP PIBG SMKA Falahiah
- Tuan Hj. Abdul Rahman Bin Mahmud, Pengetua SMKA Falahiah
7.11 ptg : Bacaan doa, Berbuka puasa
7.30 ptg : Solat maghrib, Bersurai
Untuk makluman lanjut, sila hubungi Sdr. Zuhaili - 0148403656 (Pengarah Program), atau emel kepada alumni.smkafalahiah@gmail.com. Syukran.
Labels:
Al-Falah
Thursday, August 20, 2009
Sunday, July 26, 2009
IFTAR PERDANA AL-FALAH
Assalamualaikum wbt.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Al-Falah akan menganjurkan Iftar Perdana Al-Falah. Berikut adalah cadangan tarikh & tempat :
Tarikh : 28 Ramadhan 1430H / 18 September 2009
Tempat : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan
Justeru, minta respon anda berkenaan ini. Syukran.
Tuesday, July 21, 2009
Tazkirah : Hikmah Israk Mikraj dorong umat tingkat takwa
Peristiwa perjalanan Rasulullah gambaran kepentingan solat, pengajaran setiap musibah
KENANGAN penuh hikmah atas jalan dakwah yang ditinggalkan Rasulullah SAW kekal menjadi inspirasi bagi umatnya hingga ke akhir zaman. Setiap mukmin akan sentiasa gigih berusaha menggali peninggalan Rasulullah SAW kerana tuntutan hatinya yang sentiasa mekar mengasihi Nabi SAW.
Maka dibentangkan kertas kajian mengenai sirah, kitab hadis sahih dan ketinggian ilmu al-Quran untuk dijadikan pegangan kehidupan. Proses penambahan ilmu itu akhirnya membuahkan keintiman jiwa kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Tidaklah cukup seseorang mengutamakan membaca selawat saja dan tidak berminat dengan pencarian sumber maklumat, data dan fakta ilmu untuk mendapatkan gambaran terang mengenai keperibadian serta perjuangan Rasulullah SAW.
Cinta berputik kerana mengenali yang dicintai, memahami keperibadiannya dan menyelami pengorbanannya. Kita cuba menangis ketika membaca keperitan Rasulullah SAW memikul amanah dakwah, tetapi tidak mampu menitikkan air mata kerana tidak menyertai usaha dakwah Baginda.
Kita tidak memiliki cukup ilmu untuk memberi hujah kepada hati mengenai makna keperitan itu. Sesungguhnya seseorang memerlukan fakta, data, ilmu, penghayatan dan amal salih untuk menterjemahkan cintanya kepada Rasulullah SAW.
Salah satu fakta menggambarkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW adalah peristiwa Israk dan Mikraj yang sentiasa diingati setiap Rejab. Walaupun ada beberapa pandangan berbeza menentukan tarikh sebenar peristiwa itu seperti dilaporkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan al-Mubarakfuri.
Hal itu tidak menjejaskan hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan bagi mereka yang berjalan di atas jalan dakwah.
l Menilai semula hubungan dengan Allah.
Pendakwah bertugas membekalkan iman kepada masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya mesti memiliki bekal yang cukup untuk dirinya sendiri. Seorang doktor bertugas mengubat penyakit masyarakat diharapkan memiliki jasad sihat dan mental positif sebelum terjun ke medan berat.
Melalui perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Penciptanya, sesungguhnya ia memberi gambaran kepentingan ibadah ini.
Umar bin al-Khattab pernah mengirimkan arahan kepada panglima perangnya, Saad bin Abi Waqqash dalam peperangan al-Qadisiyah, katanya: "Wahai Saad, takutlah kamu kepada Allah dengan urusan solat pasukanmu. Kerana sesungguhnya bukanlah kekalahan yang aku khuatirkan melainkan hanya apabila kalian meninggalkan solat, kekalahan akan terjadi apabila solat ditinggalkan. Jika kalian meninggalkan solat maka akan cenderunglah zina, riba, khamar, ingkar kepada Allah dan akhirnya terkeluar daripada agama."
Jika Umar, Saad dan sahabat yang berada di al-Qadisiyah begitu prihatin dengan ibadat solat mereka, mengapa pula kita yang daif, lemah lagi hina dibandingkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda risau dengan ibadah solat kita?
Ketika memperingati peristiwa naiknya Rasulullah SAW menghadap Allah, sememangnya ilmu dan penghayatan kita akan terus bertambah dalam menjalankan ibadat solat kerana kita sentiasa menambah baik maklumat sedia ada dengan maklumat baru dalam al-Quran dan hadis.
Dengan ilmu mengenai solat maka jalan mengenal Allah sudah kita fahami dan seterusnya hubungan ini akan sentiasa erat dan akrab. Akhirnya, ujian apapun yang menghadang di setiap simpang jalan dakwah tidak dirasai terlalu berat kerana hati sentiasa menikmati kemanisan berdekatan dengan Allah.
l Allah mengganti musibah dengan anugerah bagi sesiapa yang reda.
Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW adalah musafir terbaik pernah dialami Baginda. Ia ibarat hadiah bernilai yang bermatlamatkan menghapus kesedihan demi kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah.
Bukan hanya itu, tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif kepada Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah menjadi ujian terhebat yang menumpahkan darah Nabi SAW sehingga kasut Baginda dibasahi darah.
Kemudian berlanjutan ujian dan musibah ke atas diri Rasulullah SAW seperti dilaporkan Imam Al-Bukhari dalam hadisnya: "Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, pernahkah engkau melalui suatu hari yang lebih dahsyat daripada peperangan Uhud? Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yang pernah aku alami dan yang paling dahsyat ialah ketika di al-'Aqabah iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn Abdu Yalail bin Abdu Kallal. Dia tidak menyahut ajakanku dan aku beredar dengan penuh kesedihan.
Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn Al-Tha'alib. Kemudian aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku melihat segumpal awan menaungiku. Aku perhatikan lagi, tiba-tiba aku melihat Jibril dan dia menyeruku: Sesungguhnya Allah mendengar kata-kata kaummu dan tindak balas mereka ke atasmu.
Allah mengarahkan malaikat bukit supaya engkau suruh dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku dan memberi salam kepadaku seraya berkata: Wahai Muhammad, apa yang kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhsyabain (dua bukit di Makkah) nescaya aku lakukan. Nabi SAW bersabda: Sedangkan aku mengharap supaya Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang yang akan menyembah Allah semata-mata, tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu."
Daripada peristiwa ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa setiap ujian yang Allah bebankan kepada kita pasti akan diganti dengan penghormatan serta kemuliaan. Hanya saja kita tidak tahu bilakah kenikmatan itu akan diberi, apakah di syurga atau di dunia.
Allah berfirman bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah, ayat 214)
l Bebaskan Palestin, bumi umat yang bertakwa.
Ketika Israk, Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman. Hal ini jelas ditegaskan dalam surah Al-Israk.
Mengapa Allah hanya menyebut kisah perjalanan Rasulullah dalam satu ayat saja dan selebihnya kisah kejahatan bani Israil? Jelas mesej dibawa surah ini, bahawa hanya umat beriman kepada Allah, al-Quran dan Rasulullah SAW, berbuat kebaikan di muka bumi saja berhak memimpin manusia. Tidak kira suku, bangsa dan bahasanya, kerana kemuliaan manusia terletak pada takwanya.
INTI PATI
# Peristiwa Israk Mikraj perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu serta kepentingannya kepada setiap umat.
# Perjalanan dalam Israk Mikraj menghapus kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah serta tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif.
# Dalam Israk Mikraj Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman.
Penulis ialah Mufti Perlis
sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090720231712/Article
KENANGAN penuh hikmah atas jalan dakwah yang ditinggalkan Rasulullah SAW kekal menjadi inspirasi bagi umatnya hingga ke akhir zaman. Setiap mukmin akan sentiasa gigih berusaha menggali peninggalan Rasulullah SAW kerana tuntutan hatinya yang sentiasa mekar mengasihi Nabi SAW.Maka dibentangkan kertas kajian mengenai sirah, kitab hadis sahih dan ketinggian ilmu al-Quran untuk dijadikan pegangan kehidupan. Proses penambahan ilmu itu akhirnya membuahkan keintiman jiwa kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Tidaklah cukup seseorang mengutamakan membaca selawat saja dan tidak berminat dengan pencarian sumber maklumat, data dan fakta ilmu untuk mendapatkan gambaran terang mengenai keperibadian serta perjuangan Rasulullah SAW.
Cinta berputik kerana mengenali yang dicintai, memahami keperibadiannya dan menyelami pengorbanannya. Kita cuba menangis ketika membaca keperitan Rasulullah SAW memikul amanah dakwah, tetapi tidak mampu menitikkan air mata kerana tidak menyertai usaha dakwah Baginda.
Kita tidak memiliki cukup ilmu untuk memberi hujah kepada hati mengenai makna keperitan itu. Sesungguhnya seseorang memerlukan fakta, data, ilmu, penghayatan dan amal salih untuk menterjemahkan cintanya kepada Rasulullah SAW.
Salah satu fakta menggambarkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW adalah peristiwa Israk dan Mikraj yang sentiasa diingati setiap Rejab. Walaupun ada beberapa pandangan berbeza menentukan tarikh sebenar peristiwa itu seperti dilaporkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan al-Mubarakfuri.
Hal itu tidak menjejaskan hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan bagi mereka yang berjalan di atas jalan dakwah.
l Menilai semula hubungan dengan Allah.
Pendakwah bertugas membekalkan iman kepada masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya mesti memiliki bekal yang cukup untuk dirinya sendiri. Seorang doktor bertugas mengubat penyakit masyarakat diharapkan memiliki jasad sihat dan mental positif sebelum terjun ke medan berat.Melalui perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Penciptanya, sesungguhnya ia memberi gambaran kepentingan ibadah ini.
Umar bin al-Khattab pernah mengirimkan arahan kepada panglima perangnya, Saad bin Abi Waqqash dalam peperangan al-Qadisiyah, katanya: "Wahai Saad, takutlah kamu kepada Allah dengan urusan solat pasukanmu. Kerana sesungguhnya bukanlah kekalahan yang aku khuatirkan melainkan hanya apabila kalian meninggalkan solat, kekalahan akan terjadi apabila solat ditinggalkan. Jika kalian meninggalkan solat maka akan cenderunglah zina, riba, khamar, ingkar kepada Allah dan akhirnya terkeluar daripada agama."
Jika Umar, Saad dan sahabat yang berada di al-Qadisiyah begitu prihatin dengan ibadat solat mereka, mengapa pula kita yang daif, lemah lagi hina dibandingkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda risau dengan ibadah solat kita?
Ketika memperingati peristiwa naiknya Rasulullah SAW menghadap Allah, sememangnya ilmu dan penghayatan kita akan terus bertambah dalam menjalankan ibadat solat kerana kita sentiasa menambah baik maklumat sedia ada dengan maklumat baru dalam al-Quran dan hadis.
Dengan ilmu mengenai solat maka jalan mengenal Allah sudah kita fahami dan seterusnya hubungan ini akan sentiasa erat dan akrab. Akhirnya, ujian apapun yang menghadang di setiap simpang jalan dakwah tidak dirasai terlalu berat kerana hati sentiasa menikmati kemanisan berdekatan dengan Allah.
l Allah mengganti musibah dengan anugerah bagi sesiapa yang reda.
Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW adalah musafir terbaik pernah dialami Baginda. Ia ibarat hadiah bernilai yang bermatlamatkan menghapus kesedihan demi kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah.Bukan hanya itu, tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif kepada Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah menjadi ujian terhebat yang menumpahkan darah Nabi SAW sehingga kasut Baginda dibasahi darah.
Kemudian berlanjutan ujian dan musibah ke atas diri Rasulullah SAW seperti dilaporkan Imam Al-Bukhari dalam hadisnya: "Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, pernahkah engkau melalui suatu hari yang lebih dahsyat daripada peperangan Uhud? Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yang pernah aku alami dan yang paling dahsyat ialah ketika di al-'Aqabah iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn Abdu Yalail bin Abdu Kallal. Dia tidak menyahut ajakanku dan aku beredar dengan penuh kesedihan.
Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn Al-Tha'alib. Kemudian aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku melihat segumpal awan menaungiku. Aku perhatikan lagi, tiba-tiba aku melihat Jibril dan dia menyeruku: Sesungguhnya Allah mendengar kata-kata kaummu dan tindak balas mereka ke atasmu.
Allah mengarahkan malaikat bukit supaya engkau suruh dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku dan memberi salam kepadaku seraya berkata: Wahai Muhammad, apa yang kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhsyabain (dua bukit di Makkah) nescaya aku lakukan. Nabi SAW bersabda: Sedangkan aku mengharap supaya Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang yang akan menyembah Allah semata-mata, tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu."
Daripada peristiwa ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa setiap ujian yang Allah bebankan kepada kita pasti akan diganti dengan penghormatan serta kemuliaan. Hanya saja kita tidak tahu bilakah kenikmatan itu akan diberi, apakah di syurga atau di dunia.
Allah berfirman bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah, ayat 214)
l Bebaskan Palestin, bumi umat yang bertakwa.
Ketika Israk, Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman. Hal ini jelas ditegaskan dalam surah Al-Israk.
Mengapa Allah hanya menyebut kisah perjalanan Rasulullah dalam satu ayat saja dan selebihnya kisah kejahatan bani Israil? Jelas mesej dibawa surah ini, bahawa hanya umat beriman kepada Allah, al-Quran dan Rasulullah SAW, berbuat kebaikan di muka bumi saja berhak memimpin manusia. Tidak kira suku, bangsa dan bahasanya, kerana kemuliaan manusia terletak pada takwanya.
INTI PATI
# Peristiwa Israk Mikraj perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu serta kepentingannya kepada setiap umat.
# Perjalanan dalam Israk Mikraj menghapus kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah serta tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif.
# Dalam Israk Mikraj Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman.
Penulis ialah Mufti Perlis
sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090720231712/Article
Wednesday, June 24, 2009
SENARAI WAKIL AL-FALAH DI KAMPUS IPT
Salam, berikut adalah senarai untuk tujuan perhubungan, khususnya bagi adik-adik yang baru akan mendaftar di kampus IPT.USM Kubang Kerian
Muhammad Zulhusni (0148403552) Tahun 4, Ijazah Sarjana Muda Dietatik
UiTM Perlis
Nik Kamal (0134058718) Tahun 2, Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengurusan

UTM Skudai
Ahmad Aslam (0139410588) Tahun 2, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

UIAM Petaling Jaya
Hafiz Firdaus (013-3117543)
UIAM Nilai
Alhafiz (013-2002458)
UIAM Gombak
Hafiz Karami (013-9485828), Bachelor of Architecture
UM Kuala Lumpur
Norhusairi (0199054928/0199849730), Semester 3, Ijazah Doktor Falsafah Syariah Undang-undang
UniKL-BMI
Mohd Zulhasif (019-3691561), Tahun 2, Bachelor in Electrical Technology
UMS Sabah
Mohd Faisal (017-9835185), Tahun 2, Sarjana Muda Sains Geologi
UPM Serdang
Aidil Hanan (019-3746961), Tahun 2
Syarbaini (013-2168134), Software engineering, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
INSTITUT PENGAJIAN BAHASA Kuala Lumpur
Khairul Anuar (017-9523253), Tahun 2, Ijazah Sarjana Muda Prasekolah (Bahasa Inggeris & Pendidikan Jasmani)
UKM Bangi
Hilman (013-3083826), Tahun 2, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran & As-sunnah

-----------------------------------------------------
akan update dari masa ke semasa
Labels:
Al-Falah
Tuesday, June 23, 2009
WAKIL AL-FALAH DI KAMPUS IPT
Salam, mohon kerjasama semua warga Al-Falah untuk memaklumkan kepada kami maklumat berkaitan warga Al-Falah yang masih menuntut di IPT. Sila emelkan nama, kursus, tahun pengajian & nombor telefon. Hal ini adalah bertujuan untuk diberikan kepada adik-adik yang baru memulakan pengajian di IPT nanti, supaya mereka dapat menghubungi wakil Al-Falah di kampus sekiranya mereka memerlukan apa-apa bantuan. Di samping dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga Al-Falah. Sila emelkan maklumat antum kepada alumni.smkafalahiah@gmail.com. Kerjasama daripada antum, adalah amat dialu-alukan. Syukran.
Pautan senarai IPTA :
Sunday, June 07, 2009
MOTIVASI KECEMERLANGAN : INI LANGKAHKU
Alhamdulillah, pada 30 Mei 2009 yang lalu, dua sesi motivasi telah berjaya disampaikan oleh Sdr. Muizudin Mukhtar, kepada para pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas, bertempat di Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah. Sekali lagi, sekalung penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah menjemput pihak alumni untuk memberikan pengisian sempena program Perkampungan Kecemerlangan Akademik tersebut. Syukran.
Saturday, June 06, 2009
DAULAT TUANKU

dan Ucap Selamat kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)
Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47
Semoga Tuhan Melanjutkan Usia DYMM Tuanku
daripada
daripada
Warga Alumni SMKA Falahiah (Al-Falah)
Labels:
Al-Falah
Subscribe to:
Posts (Atom)