Saturday, September 18, 2010

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI AL-FALAH 2010


Alhamdulillah, Majlis Hari Raya Al-Falah berlangsung dengan lancar pada 16 September lepas. Kehadiran yang melebihi sasaran, sehingga mencecah 200 orang (mungkin lebih, sebab ada yang tak daftar, datang dsb.). Turut diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Mohd Hanafi (YDP PIBG SMKAF), Ust. Abdul Rahman (Mudir SMKAF), Cg. Ghazilan (PK HEM), Cg. Abdul Rahman (SU PIBG), Ust. Husin (Ketua Warden), Ust Abdul Shukor & Cg. Faridah (Kaunselor). Selain itu, turut hadir bekas pelajar batch SPM 1978, yang merupakan batch ke-2 SMKA Falahiah, selepas diambil alih oleh Kerajaan Pusat pada tahun 1977. Majlis yang bermula seawal 9.00 pagi ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan. Justeru, pihak penganjur kali ini menyusun sepuluh jari sekiranya terdapat kelemahan serta kekurangan sepanjang penganjuran program kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, semoga reunion kali ini dapat kembali menggamit memori dan mempertautkan kembali silaturrahim sesama batch khususnya serta sesama alumni umumnya. Syukran

1 comment:

Anonymous said...

raso gembira dapat jupo shabat2,mga ikatan ini kekal selamanya