Pada hari khamis, 27 September 2007 yang lalu, AJK Al-Falah 2007/2009, telah mengadakan majlis iftar bersama Tn Hj Abdul Rahman Bin Hj Mahmood, Mudir SMKA Falahiah. Majlis yang telah dihadiri oleh AJK Al-Falah 2007/2009, Mudir, Tn Hj Mohd Hanafi Bin Majid (YDP PIBG SMKA Falahiah) dan Tn Hj Ahmad Ghazilan Bin Ngah (PK Hem), telah diadakan di Restoran Oriental. Antara lain tujuan diadakan majlis ini adalah untuk beramah-mesra dengan Mudir, serta lebih merapatkan hubungan dua hala antara Al-Falah dengan pihak pentadbiran sekolah dan PIBG SMKA Falahiah.
No comments:
Post a Comment