Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Al Falah Tahun 2006/2007 yang telah diadakan pada 9 Jun 2007 dapat berjalan dengan baik. Walaupun dari aspek kehadiran yang kurang memberangsangkan, sama sekali tidak menjejaskan keaktifan para perwakilan yang hadir untuk memberi respon dan idea dalam menambahbaiki gerak kerja Al Falah di masa akan datang. Justeru, semua saranan bernas yang dilontarkan oleh para perwakilan akan diasimilasikan dalam memperkemaskan jentera penggerak Al Falah dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan pelajar SMKA Falahiah, dalam bidang akademik, ko-kurikulum, dan sahsiah peribadi.
Pelancaran weblog Al Falah oleh Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Majid, sebagai gimik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Al Falah Tahun 2006/2007
En. Mohd Razif Bin Abdullah, Yang Dipertua Jawatankuasa Penaja Al Falah menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Majid, Yang Dipertua PIBG SMKA Falahiah
Melalui MAT Al Falah Tahun 2006/2007, majoriti perwakilan telah bersetuju mengekalkan Jawatankuasa Penaja Al Falah sebagai Jawatankuasa Al Falah Tahun 2007/2009, yang diterajui oleh En. Mohd Razif Bin Abdullah (Yang Dipertua Al Falah, Tahun 2007/2009). Semoga Al Falah terus maju jaya.
No comments:
Post a Comment