Pelajar merupakan aset yang paling penting bagi sesebuah negara. Pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah menjadi tunjang dan tiang dalam mencorakkan kepimpinan sesebuah negara pada masa hadapan. Oleh itu, dengan kemampuan dan persediaan ilmu yang cukup ianya mampu mencorak kejayaan seseorang pelajar khususnya bagi mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Apabila menyedari hakikat tuntutan pendidikan dan kerjaya yang semakin mencabar di alaf baru, maka setiap pelajar haruslah memliki pengetahuan yang jelas tentang hal ini.
Justeru, Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (Al-Falah) yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar SMKA Falahiah bersama berganding bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Falahiah, mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program bagi mempersiapkan diri pelajar dengan maklumat terbaru tentang senario dan cabaran pendidikan pada alaf baru ini.
TARIKH: 24 hingga 26 Ogos 2006
TEMPAT: SMKA Falahiah
Alhamdulillah, segala perancangan untuk program pada kali ini dapat dilaksanakan dengan baik. Namun, tidak dapat dinafi kekurangan dan kelemahan pada program ini akan diperbaiki bagi penganjurannya pada masa akan datang. Justeru, sokongan dan bantuan daripada pihak sekolah, adalah amat diperlukan dalam menjayakan lagi program-program anjuran Al Falah.
PENGARAH
KONVENSYEN PENDIDIKAN PERDANA 2006
No comments:
Post a Comment