Sunday, February 28, 2010

TAKZIAH : WAJDI MASYUSOH

Salam takziah buat keluarga sdr. Wajdi Mayusoh (STPM1998), yang telah kembali ke Rahmatullah ekoran kemalangan pada awal pagi tadi di Gua Musang. Al-Fatihah

STPM 2009 : KE-2 TERBAIK KELANTAN


Salam Maulidur Rasul 1431H,

Sekalung tahniah kepada calon-calon STPM 2009 serta guru-guru tenaga pengajar Tingkatan 6 khususnya dan semua warga SMKA Falahiah atas pencapaian yang membanggakan dalam keputusan STPM 2009, iaitu mendapat tempat ke-2 terbaik di seluruh Kelantan, di mana sekolah terbaik adalah SMK Chung Hwa, dengan hanya perbezaan peratus 0.01 sahaja. Secara langsung menjadikan SMKA Falahiah adalah SMKA terbaik di Kelantan.

Tahniah juga kepada sdr. Afiq yang dinobatkan sebagai pelajar STPM 2009 terbaik SMKA Falahiah.

Tuesday, February 16, 2010

TAHNIAH : Rekod anak Malaysia

Terence Lee menyampaikan hadiah kepada Muhammad Nazeef.

"Rekaan Muhammad Nazeef terpilih menduduki tempat kedua daripada 1,100 penyertaan dari seluruh dunia seperti Australia, Jepun, China, Taiwan dan Singapura. Ternyata, rekaan botol SIGG yang ditampilkan Muhammad Nazeef bertemakan Spread the Nature Spirit (Semarakkan Semangat Alam Sekitar) menarik perhatian panel penilai."
(Petikan akhbar Berita Harian, http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20100206103658/Article/index_html)

Untuk rekod, Nazeef adalah bekas pelajar SMKAF, PMR1998. Kemudian melanjutkan pengajiannya ke Uniten.

Wednesday, February 03, 2010