Wednesday, May 27, 2009

SLOT MOTIVASI BERSAMA AL-FALAH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menghubungi Al-Falah untuk mengendali 2 slot motivasi kepada para pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas, pada 30 Mei 2009 sempena Program Perkampungan Akademik.

Dengan berbesar hati, pihak Al-Falah akan cuba memenuhi permintaan tersebut dengan penuh dedikasi, insya Allah.

Monday, May 25, 2009

YURAN KEAHLIAN

Salam. Sebagaimana yang telah dinyatakan dan ditetapkan sebelum ini bahawa;

1. Yuran keahlian (bayar sekali sahaja) ialah sebanyak RM5.00
2. Yuran tahunan ialah sebanyak RM5.00

Justeru, mohon kerjasama semua untuk membuat pembayaran kepada sdr. Khairul, Bendahari Al-Falah (013 9866403). Syukran.

Wednesday, May 20, 2009

ONLINE DATABASE AHLI AL-FALAH

Kepada semua warga Al-Falah, mohon kerjasama untuk memberikan maklumat peribadi anda dengan mengisi online form melalui link berikut. syukran.

1. Isi Borang Maklumat Ahli Al-Falah Online
2. Melihat Online Database Ahli Al-Falah

* untuk mengelakkan wujud lebih daripada satu maklumat individu yang sama, harap dapat semak online database terlebih dahulu sebelum mengisi online form.

TAKZIAH BUAT CIKGU ZUBAIDAH BT SALLEH SEKELUARGA

Ucapan takziah daripada warga Al-Falah buat Cikgu Zubaidah sekeluarga atas musibah yang melanda. Semalam, wakil saf kepimpinan Al-Falah telah pergi ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada beliau di kediamannya di Kg Sireh Bawah Lembah, Kota Bharu. Diharap kepada semua warga Al-Falah khususnya, dapat mendoakan keselematan dan kesejahteraan cikgu sekeluarga. Al-Fatihah untuk ibunda cikgu Zubaidah, Zaharah. Semoga Allah SWT mencucuri RahmatNya. Amin.

*nota: link laporan akhbar berkaitan kes ini.

(sinar harian) Warga emas ditemui mati dengan lebam pada tangan
(bernama) Octogenarian Found Dead In Bedroom
(berita harian) Wanita maut leher dipulas

Monday, May 11, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

"Selamat Hari Guru 2009"
diucapkan kepada seluruh warga pendidik SMKA Falahiah.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Sunday, May 03, 2009

DANA PEMBESARAN MASJID SMKA FALAHIAH

Pihak PIBG SMKA Falahiah, telah melancarkan satu tabung khas untuk mengumpul dana bagi tujuan pembesaran masjid SMKA Falahiah. Menurut pihak PIBG SMKAF, dana yang diperlukan untuk tujuan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM15,000.

Justeru, kepada warga Al-Falah adalah amat dialu-alukan untuk memberi sumbangan, dan boleh terus menghubungi cikgu Abdul Rahman, Setiausaha PIBG SMKAF (019-9197022); atau cikgu Mazlan, Bendahari PIBG SMKAF (019-9805600); atau melalui akaun semasa Al-Falah (sila maklumkan kepada sdr. Khairul, Bendahari Al-Falah (013-9866403), jika anda berbuat demikian. Syukran.