Sunday, March 15, 2009

TAHNIAH KEPADA CALON SPM & STPM 2008

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM & STPM 2008 yang telah mendapat keputusan cemerlang. Semalam, saya ada menghubungi Ustaz Abdul Rahman Bin Mahmud, Mudir SMKA Falahiah. Beliau memaklumkan keputusan SPM & STPM pada tahun ini, secara umumnya meningkat berbanding tahun lalu. Untuk SPM, seorang pelajar telah mendapat 12A (9-1A & 3-2A), manakala STPM, dua orang pelajar mendapat 4A.

*nota: Mudir menyampaikan salam kepada seluruh warga alumni, Assalamualaikum WBT.

Hanafi Adnan
Setiausaha Al-Falah

Wednesday, March 11, 2009

SYAFAKALLAH, USTAZ ABDUL SYUKOR

Semalam, beberapa orang alumni telah pergi ziarah Ustaz Abdul Syukor di kediamannya di Wakaf Bharu. Untuk pengetahuan semua warga alumni, beliau kini bercuti kerana mendapat serangan jantung, dan sudah mula beransur sihat. Sama-sama kita doakan kesihatan dan kesejahteraan Ustaz Syukor dan keluarganya.

Sunday, March 08, 2009

Salam Maulid Ar-rasul

Salam Maulid Ar-Rasul 1430H buat semua warga Al-Falah, guru-guru dan para pelajar SMKA Falahiah. Bersama kita menghayati sirah nabawiyah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita.

"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"