Sunday, December 30, 2007

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT DATANG

Selamat kembali ke sekolah, bagi pelajar-pelajar serta warga pendidik SMKA Falahiah. Semoga sesi persekolahan kali ini menjadi sesi pengajian yang lebih baik berbanding pada tahun-tahun yang lalu. Selamat datang serta tahniah, diucapkan kepada pelajar-pelajar yang baru diterima masuk ke sekolah ini. Salam taaruf, daripada warga Al-Falah.

Thursday, December 27, 2007

TAHNIAH: CALON PMR 2007

Sekalung tahniah kepada semua calon-calon PMR 2007, SMKA Falahiah yang mendapat keputusan cemerlang. Semoga kecemerlangan yang dikecapi hari ini dapat dipanjangkan ke masa yang akan datang, insya Allah. Kepada yang kurang cemerlang, jangan susah hati, kerana ada pepatah menyebut, "kegagalan hari ini, tidak bermakna kita akan selama-lamanya". Justeru, teruskan "perjuangan" anda untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang, insya Allah.

Monday, December 24, 2007

Keputusan random survey

Keputusan random survey.

Q:
Apakah bentuk 'reunion' yang anda paling ingin Al-Falah anjurkan?

A 1: Iftar (7%)
A 2: Liqa' Aidilfitri (34%)
A 3: Makan Malam (11%)
A 4: Hari Keluarga (46%)
A 5: Dialog (0%)

Terima kasih atas undian dan sokongan anda.

Thursday, December 20, 2007

SALAM EIDULADHA

Jawatankuasa Al-Falah, mengucapkan "Selamat Hari Raya Eiduladha" kepada semua warga Al-Falah.

Tuesday, December 18, 2007

CADANGAN PROGRAM/AKTIVITI

Kami, Jawatankuasa Al-Falah kini dalam fasa menyediakan perancangan aktiviti bagi tahun 2007. Justeru, sebarang cadangan dan saranan boleh diberikan melalui respon kepada posting ini (ulasan) atau emel kepada alumni.smkafalahiah@gmail.com.

Terima kasih.