Monday, October 01, 2007

AL-FATIHAH...

Al-Fatihah, buat Allahyarham Amir Asyraf, iaitu anak kepada Cikgu Mastura Bt Baharom Sakmor (Guru Cemerlang Sejarah), yang telah kembali ke RahmatuLlah pada hari Ahad, 30 Oktober 2007. Justeru, kepada ahli Al-Falah yang berkelapangan, dapat menziarahi keluarga beliau.

IFTAR BERSAMA PENTADBIR SMKA FALAHIAH & YDP PIBG SMKA FALAHIAH

Pada hari khamis, 27 September 2007 yang lalu, AJK Al-Falah 2007/2009, telah mengadakan majlis iftar bersama Tn Hj Abdul Rahman Bin Hj Mahmood, Mudir SMKA Falahiah. Majlis yang telah dihadiri oleh AJK Al-Falah 2007/2009, Mudir, Tn Hj Mohd Hanafi Bin Majid (YDP PIBG SMKA Falahiah) dan Tn Hj Ahmad Ghazilan Bin Ngah (PK Hem), telah diadakan di Restoran Oriental. Antara lain tujuan diadakan majlis ini adalah untuk beramah-mesra dengan Mudir, serta lebih merapatkan hubungan dua hala antara Al-Falah dengan pihak pentadbiran sekolah dan PIBG SMKA Falahiah.