Monday, July 30, 2007

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2007

Selamat menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah kepada para pelajar tingkatan 3, SMKA Falahiah, bermula 30 Julai 2007. Kami, warga Al-Falah, mendoakan kecemerlangan anda semua.

Friday, July 27, 2007

SELAMAT BERSARA: Y. BHG. DATO' DR. HJ. AHAMAD BIN SIPON (MANTAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA)

Pada 25 Julai 2007 yang lalu, Y. Bhg. Dato' Dr. Hj. Ahamad bin Sipon, telah bersara dari jawatannya, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ucapan terima kasih daripada warga Al-Falah di atas sumbangan secara langsung atau tidak, khususnya bagi kecemerlangan di SMKA Falahiah.

"Selamat Bersara"

Sunday, July 22, 2007

SELAMAT BERTUGAS 'MUDIR' SMKA FALAHIAH YANG BARU

Alhamdulillah, bermula minggu lepas, Tn Hj Abdul Rahman Bin Mahmood telah bertugas sebagai Pengetua SMKA Falahiah yang baru, menggantikan Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Otsman iaitu bekas Pengetua Kanan SMKA Falahiah yang telah bersara pada 6 Jun 2007 yang lalu. Beliau yang berkelulusan B.A Hons Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, sebelum ini telah bertugas sebagai Pengetua di SMKA Lati, Pasir Mas sejak tahun 2002. Di bawah kepimpinan beliau juga, SMKA Lati yang merupakan SMKA 'bongsu' di Kelantan, telah berjaya menaikkan prestasi sekolah berkenaan setanding dengan SMKA-SMKA yang lain. Justeru, harapan warga Al-Falah agar impak kecemerlangan di SMKA Lati dapat dipanjangkan ke SMKA Falahiah. Seterusnya mengekalkan tradisi kecemerlangan dan kegemilangan SMKA Falahiah di negeri Kelantan khususnya, di peringkat nasional amnya.

Di kesempatan ini, seluruh barisan kepimpinan Al-Falah 2007/2009 dan warga Al-Falah mengucapkan selamat bertugas kepada Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Mahmood, 'Mudir' SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

"Selamat bertugas dengan jayanya"

Wednesday, July 04, 2007

TAHNIAH - EN. BORHANUDIN AHMAD (TOKOH BELIA KELANTAN 2007, KATEGORI PENGGIAT NGO)

Sekalung tahniah kepada sdr. Borhanudin Bin Ahmad, yang telah menerima anugerah Tokoh Belia Kelantan 2007, Kategori Penggiat NGO (Badan Bukan Kerajaan), daripada Kerajaan Negeri Kelantan, pada 30 Jun 2007 lalu. Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, sempena Sambutan Hari Belia 2007 Peringkat Negeri Kelantan. Penganugerahan ini adalah berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam persatuan-persatuan sosial semasa masih dibangku sekolah (SMKA Falahiah), kemudian di alam kampus, dan sehingga kini. Antaranya, aktif dalam persatuan-persatuan di sekolah, menjawat jawatan dalam Student Reprecentative Council, International Islamic University Malaysia, misi kemanusiaan di dalam dan luar negara, penganjuran forum dan seminar peringkat antarabangsa, dan beberapa lagi NGO yang disertai beliau. Disamping bergiat aktif dalam NGO, beliau adalah Pengetua di Sekolah Menengah Tahfiz Budaya, Bunut Payong.