Tahniah diucapkan kepada lepasan pelajar STPM tahun 2006 yang telah berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pengajian masing-masing. Keputusan permohonan tersebut telah mula diketahui melalui semakan on-line di laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bermula semalam.
Blog rasmi Alumni SMKA Falahiah (Al Falah); telah dilancarkan oleh Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Majid, Yang Dipertua PIBG SMKA Falahiah, pada 9 Jun 2007, sempena Mesyuarat Agung Tahunan Al Falah Tahun 2006/2007.
Tuesday, June 19, 2007
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AL FALAH TAHUN 2006/2007
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Al Falah Tahun 2006/2007 yang telah diadakan pada 9 Jun 2007 dapat berjalan dengan baik. Walaupun dari aspek kehadiran yang kurang memberangsangkan, sama sekali tidak menjejaskan keaktifan para perwakilan yang hadir untuk memberi respon dan idea dalam menambahbaiki gerak kerja Al Falah di masa akan datang. Justeru, semua saranan bernas yang dilontarkan oleh para perwakilan akan diasimilasikan dalam memperkemaskan jentera penggerak Al Falah dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan pelajar SMKA Falahiah, dalam bidang akademik, ko-kurikulum, dan sahsiah peribadi.
Pelancaran weblog Al Falah oleh Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Majid, sebagai gimik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Al Falah Tahun 2006/2007
En. Mohd Razif Bin Abdullah, Yang Dipertua Jawatankuasa Penaja Al Falah menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Majid, Yang Dipertua PIBG SMKA FalahiahMelalui MAT Al Falah Tahun 2006/2007, majoriti perwakilan telah bersetuju mengekalkan Jawatankuasa Penaja Al Falah sebagai Jawatankuasa Al Falah Tahun 2007/2009, yang diterajui oleh En. Mohd Razif Bin Abdullah (Yang Dipertua Al Falah, Tahun 2007/2009). Semoga Al Falah terus maju jaya.
Sunday, June 10, 2007
KATA ALU-ALUAN YDP JK PENAJA AL FALAH (SEMPENA MAT AL FALAH TAHUN 2006/2007)
KATA ALU-ALUANYANG DIPERTUA
JAWATANKUASA PENAJA
ALUMNI SMKA FALAHIAH (AL FALAH)
TAHUN 2006/2007 (SEMPENA MAT AL FALAH TAHUN 2006/2007)
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Bismillahirahmanirahim
Syukur kepada allah kerana diberikan keizinan untuk menukilkan sepatah dua kata di dalam buku mesyuarat agung kali pertama pada tahun ini. Ucapan tahniah dan syabas saya tujukan kepada jawatakuasa pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan AlFalah kerana berjaya melansungkan majlis dengan jayanya pada hari yang berbahagia ini.
Perjumpaan kita semua pada hari ini merupakan satu pembuktian terhadap komitmen dan kesungguhan kita semua terhadap kecemerlangan sekolah. Walaupun kita semua telah lama meninggalkan alam persekolahan malahan mempunyai tanggungjawab masing-masing samada terhadap kerjaya dan keluarga, namun di atas sikap serta tanggungjawab sebagai bekasan pelajar sekolah ini yang berhasrat untuk bersama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah.
Hari ini kita berdiri di atas manusia yang berjaya kerana didikan dan asuhan di sekolah ini. Ketrampilan, kepimpinanan dan kematangan sebagai seorang manusia terserlah di atas kombinasi yang direncanakan di sekolah ini. Justeru, sumbangan Alumni perlu diperluaskan kepada ruang yang lebih terbuka supaya dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG. Saban masa setiap individu dan masyarakat membicarakan kecemerlangan pelajar sebagai satu isu yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menggarapkan sifat cintakan sekolah untuk bersatu padu memperkasakan pertubuhan kita ini. Akhir kalam, saya berdoa supaya perhimpunan kita ini akan berjalan dengan baikdan mendapat berkat daripada Allah.Selamat Bermesyuarat, wassalamualaikum.
“Keakraban silaturrahim, peneraju kecemerlangan”
MOHD RAZIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Jawatankuasa Penaja
Alumni SMKA Falahiah (Al Falah)
Tahun 2006/2007
Saturday, June 09, 2007
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SMKA FALAHIAH (SEMPENA MAT AL FALAH TAHUN 2006/2007)

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA FALAHIAH
(SEMPENA MAT AL FALAH TAHUN 2006/2007, 9 JUN 2007)
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA FALAHIAH
(SEMPENA MAT AL FALAH TAHUN 2006/2007, 9 JUN 2007)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat merealisasikan cita-cita murni untuk menubuhkan Persatuan Alumni SMKA Falahiah (Al-Falah)
Sesungguhnya Alumni merupakan manefestasi kejayaan modal insan kelas pertama yang tahu berterima kasih terhadap institusi pendidikan yang pernah melahirkannya.Saya menyeru kepada semua bekas pelajar SMKA Falahiah supaya menyertai Persatuan Alumni SMKA Falahiah dan bersedia untuk memberi komitmen yang maksima terhadap semua aktiviti khususnya membantu menjayakan visi sekolah disamping menyambung silaturrahim antara bekas pelajar dan dengan warga sekolah.
Walaupun kita telah mempunyai kerjaya, kita juga seharusnya mempunyai satu agenda tetap untuk memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Oleh itu jadilah persatuan ini sebagai aktiviti khidmat sosial saudara untuk menolong ahli-ahli yang memerlukan pertolongan. Di samping mengadakan program bersama dengan PIBG dan pihak sekolah untuk menjayakan visi sekolah.Akhir sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada jawatankuasa atas segala usaha murni menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SMKA Falahiah Tahun 2006/2007. Saya harap semua ahli sentiasa mempunyai iltizam yang tinggi dan berterusan untuk melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. Semoga visi menjadi realiti.
Salam Hormat dan Selamat Bersidang.
“Penjana Insan Bestari Gemilang (PIBG)”
HAJI MOHD HANAFI BIN MAJID
Yang Dipertua PIBG
SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan.
Sunday, June 03, 2007
JEMPUTAN CERAMAH MOTIVASI DARIPADA PERTINA DAN AS SYUBBAN AL ISLAMI, MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
Pada 1 Jun 2007 yang lalu, pihak Al Falah telah dijemput untuk memberikan pengisian sempena program Motivasi Pelajar Tingkatan Enam, Maahad Muhammadi Pasir Mas. Program anjuran Pertina dengan kerjasama As Syubban Al Islami, Maahad Muhammadi Pasir Mas ini disertai oleh para pelajar tingkatan enam bawah (calon STAM) dan pelajar tingkatan enam atas (calon STPM). Pengisian tersebut, telah disampaikan oleh sdr. Mohd Norhusairi Bin Mat Husin, merupakan pelajar terbaik STPM 2002 di negeri Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


