Wednesday, May 30, 2007

SELAMAT BERSARA - TN HJ ABDUL RAHIM BIN OTSMAN, PENGETUA KANAN SMKA FALAHIAH


Tn Hj Abdul Rahim Bin Otsman, Pengetua Kanan SMKA Falahiah (1995-2007)

Pihak Al Falah mengucapkan Selamat Bersara kepada Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Otsman, Pengetua Kanan SMKA Falahiah yang bakal bersara pada 6 Jun 2007. Beliau yang telah mula bertugas sebagai 'mudir' SMKA Falahiah bermula tahun 1995, telah berjaya memacu kecemerlangan pencapaian sekolah samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Majlis yang telah diadakan di peringkat sekolah pada 24 Mei 2007 yang lalu turut dihadiri oleh warga Al Falah.

Saturday, May 19, 2007

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2006/2007, ALUMNI SMKA FALAHIAH (AL FALAH)

1.0 Maklumat Program

Tarikh : 9 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah


2.0 Pengesahan Kehadiran

Sila hantar pesanan ringkas (SMS) kepada sdr. Hanafi (019 9686583); sdr. Muizudin (013 9341806); atau emel kepada smka.falahiah@gmail.com, sebelum 4 Jun 2007. Sila nyatakan maklumat berikut:

- Nama
- Nombor kad pengenalan
- Alamat semasa
- Nombor telefon
- Tahun kemasukan di SMKA Falahiah
- Pekerjaan atau pelajar (nyatakan institusi pengajian)
- Cadangan usul (jika ada)


3.0 Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara/i boleh menghubungi sdr. Hanafi, sdr. Muizudin, atau emel kepada smka.falahiah@gmail.com.




Pengarah Program,
Mesyuarat Agung Tahunan 2007
Alumni SMKA Falahiah (Al Falah)

Thursday, May 17, 2007

JEMPUTAN CERAMAH MOTIVASI DARIPADA SMK DATO' BIJI WANGSA, TUMPAT

Pada 17 Mei 2007 yang lalu, pihak SMK Dato' Biji Wangsa, Tumpat telah menjemput Al Falah untuk mengendalikan slot motivasi sempena program motivasi bagi pelajar tingkatan enam. slot tersebut telah diisi dengan sesi forum dengan menampilkan dua orang bekas pelajar cemerlang dalam STPM iaitu, sdr. Mohd Fadhil Bin Hasbi Tan (STPM 2004) dan sdr. Mohd Norhusairi Bin Mat Husin (STPM 2002). Program tersebut berobjektifkan meningkatkan motivasi belajar serta berkongsi tips-tips belajar dalam peringkat STPM.

Monday, May 14, 2007

مبروك اليكم


Tahniah kepada semua warga Al Falah (SPM 2006 dan STPM 2006), yang telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di Pusat-pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan, iaitu akan mendaftarkan diri masing-masing pada hari ini, 14 Mei 2007.

Turut diucapkan, sekalung tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di pusat-pusat matrikulasi Institusi Pengajian Tinggi Awam, pengajian peringkat diploma dan sarjana muda di IPTA atau IPTS.
معكم بتوفق و نجح إنشا الله

Wednesday, May 09, 2007

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2007


Warga Alumni SMKA Falahiah (Al Falah) mengucapkan, "Selamat Hari Guru Tahun 2007", kepada semua warga pendidik di SMKA Falahiah khususnya, semua guru-guru diseluruh Malaysia umumnya.

"Guru Penjana Modal Insan Gemilang"


Terima Kasih kepada sponsor banting:
- Design by i Care Trading
- Print by Q Eight Enterprise

Sunday, May 06, 2007

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KEPIMPINAN PELAJAR 2007

Tahniah diucapkan kepada pelajar SMKA Falahiah yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM 2006 yang lalu. Pagi tadi, 6 Mei 2007 telah berlangsung Majlis Graduasi 2006 bagi meraikan para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam yang lalu.
Warga Al Falah mengucapkan tahniah kepada semua para 'graduan' SMKA Falahiah, dan selamat menempuh alam kampus (kepada yang berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, dan Pusat-pusat Matrikulasi KPM).

Saturday, May 05, 2007

MAJLIS MAKAN MALAM MAHABBAH

Majlis Makan Malam Mahabbah, yang dianjurkan oleh pihak sekolah, pada 28 April 2007 lalu telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran ibu bapa pelajar dan dif-dif jemputan terhormat telah menyerikan majlis tersebut. Beberapa orang warga Al Falah juga tidak melepaskan peluang tersebut, disamping menyumbang kepada dana untuk membeli alat penyaman udara bagi Pusat Sumber Sekolah, turut mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan guru-guru serta ibu bapa para pelajar SMKA Falahiah.

Antara warga Al Falah yang hadir

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Wakaf Bharu

Cabutan bertuah

Majlis Makan Mahabbah, SMKA Falahiah
28 April 2007