Wednesday, March 21, 2007

MABRUK ILAIKA - MOHD ZAIDI

Bekas pelajar SMKA Falahiah, Mohd Zaidi Bin Mat Zaid (2000-2004), bakal melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Madinah. Beliau yang juga adalah pelajar semester 4, Diploma Tahfiz wal Qiraat di Darul Quran JAKIM Negeri Selangor, akan menduduki sesi temuduga di universiti berkenaan pada 26 Mac 2007. Justeru, doa dan sumbangan daripada ahli Al Falah khususnya adalah amat dialu-alukan. Sebarang bentuk sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan melalui akaun bank beliau;

Nama : Mohd Zaidi Bin Mat Zaid
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun: 03 027 02 044186 5

Bank : Bank Simpanan Nasional
No. akaun : 03102 - 29 - 00004015 - 0

atau melalui akaun semasa Al Falah (sila maklumkan kepada pihak kami jika anda bank-in ke akaun ini, melalui emel: alumni.smkafalahiah@gmail.com )

Nama akaun : Alumni SMKA Falahiah
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 03018 01010 4477

Sebarang sumbangan yang dihulurkan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, March 20, 2007

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2007


Sekali lagi, pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada Alumni SMKA Falahiah (Al Falah), melalui kerjasama Al Falah dalam menganjurkan Kursus Kepimpinan Pelajar 2007. Kursus ini bakal diadakan di Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu pada 22 hingga 24 Mac 2007. Bagi pihak Al Falah, amat berbesar hati untuk memberi sumbangan dan komitmen bagi membalas kepercayaan yang diberikan serta mengenang jasa-jasa warga pendidik SMKA Falahiah suatu ketika dahulu.

Sunday, March 11, 2007

PERKONGSIAN PINTAR

Sdr. Mohd Norhusairi mengupas topik 'Konsep Pengurusan Dalam Islam'

Sdr. Tarmizi, ajk As-Syubban Al-Islami menyampaikan cenderhati kepada sdr. Mohd Norhusairi.

10 Mac 2007 yang lalu, sdr. Mohd Norhusairi Bin Mat Hussin (1996-2002), telah dijemput untuk menyampaikan satu kupasan isu berkaitan 'Konsep Pengurusan Dalam Islam', dalam program Kem Pemimpin Organisasi 2007, anjuran As-Syubban Al-Islami, iaitu sebuah persatuan alumni bekas pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Pasir Mas. Beliau yang juga bekas pelajar yang cemerlang dalam akademik iaitu di peringkat STPM 2002 dan Sarjana Muda Syariah (Universiti Malaya), telah berkongsi pengalaman serta memberikan beberapa tips yang berguna kepada para peserta program tersebut, yang terdiri daripada ajk induk persatuan dan kelab sekolah berkenaan.

Thursday, March 01, 2007

FORUM AL FALAH


28 Feb 2007, 8.00 malam, Masjid SMKA Falahiah, satu forum Al Falah telah diadakan. Panel jemputan ialah sdr. Amin Idris dan sdr. Razif Abdullah, serta sdr. Sufian Zakaria sebagai moderator. Topik forum pada kali ini ialah, "Penerusan Kecemerlangan Di SMKA Falahiah", telah berjaya menarik perhatian para hadirin dengan perkongsian pengalaman lalu oleh panelis. Forum ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengetua Kanan SMKA Falahiah, Tn Hj Abdul Rahim Bin Otsman; Ketua Warden Asrama SMKA Falahiah, Ust Mat Husin Said; Warden Bertugas, En. Abdul Rahman Mat Amin dan Ust. Afendi.