Friday, April 20, 2007

MAJLIS MAKAN MALAM MAHABBAH


Sukacita dimaklumkan bahawa, SMKA Falahiah akan mengadakan suatu majlis makan malam seperti maklumat berikut:
Majlis Makan Malam Mahabbah
Tarikh: 28 April 2007
Jam: 8.30 malam
Tempat: Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah

Justeru, kepada warga Al Falah yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut, boleh menghubungi sdr. Fadhil (012-9088840) atau sdr. Hanafi (019 9686583), untuk membeli kad jemputan (RM 40.oo per orang) ke majlis berkenaan.
Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk mengumpul dana bagi pihak sekolah untuk membiayai kos pembelian penyaman udara untuk Pusat Sumber Sekolah.


Wednesday, April 18, 2007

ALFATIHAH: MOHD FARIS SADIK SHOWI

Bacaan Al Fatihah, disedekahkan buat Allahyarham Mohd Faris Sadik Showi, 18, yang telah meninggal dunia pada 16 April 2007 yang lalu. Allahyarham yang terlibat dalam insiden tersebut, dilaporkan dihempap tayar lori panjang yang tertanggal, telah mengalami cedera parah dan telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Daerah Pasir Mas.

Allahyarham adalah bekas pelajar SMKA Falahiah (2002-2007), yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, dan telah mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berita berkaitan turut dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, 17 April 2007, m/s N3, dan akhbar Metro, 17 April 2007, m/s 20.