ALUMNI SMKA FALAHIAH
Blog rasmi Alumni SMKA Falahiah (Al Falah); telah dilancarkan oleh Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Majid, Yang Dipertua PIBG SMKA Falahiah, pada 9 Jun 2007, sempena Mesyuarat Agung Tahunan Al Falah Tahun 2006/2007.
Monday, May 07, 2012
RE-UNION AL-FALAH LEMBAH KLANG
[Re-Falah’12]
Assalamualaikum,
Insha Allah Alumni Falahiah (Al Falah) akan menganjurkan program buat julung-julung kalinya iaitu Re Union Al Falah Lembah Klang (Re- Falah’12). Butiran program seperti berikut:-
Tarikh : 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa : 8 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Steamboat MARDI,UPM
Tetamu Jemputan : Ustaz Jusoh Omar (Mudir SMKAF) & En Ghazilan Ngah
Objektif :
1- Merapatkan hubungan silaturrahim antara Alumni SMKA Falahiah ( AL-FALAH ) dengan alumni-alumni SMKA Falahiah yang berada di sekitar Lembah Kelang.
2- Merealisasikan visi yang didokong oleh persatuan dalam mewujudkan kesepakatan dalam kepimpinan, perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan ahli AL-FALAH
3- Mendapatkan perkembangan berkaitan hal ehwal terkini sekolah melalui hubungan dengan pihak pentadbir sekolah.
Antara acara menarik :
Cabutan bertuah, door gift, persembahan ex Falah dan sembang santai.
Peluang terbaik untuk berjumpa sesama kenalan..hebahkan kepada semua..
Untuk urusan pembayaran sila bank in sebelum 15hb Mei 2012 kepada saudara Izzuddin (no tel) no akaun :- ..
Sebarang urusan boleh berhubung:-
Arafat (Pengarah) – 0133967777
Zulhasif – 0193691561
Adibah – 0132563491
Wakil batch(tahun SPM) untuk dihubungi
'96 Sdr. Syarbaini Ahmad - 0132168134
'98 Sdr. Shahrul - 0126868214
'99 Sdr. Mohd Helmi Mat Zin - 0199594847
'00 Sdr. Nazri Abdullah - 0122281762
'01 Sdr. Azrulhisyam Mat Zin - 0137029528
'02 Sdr. Mohd Muin - 0196416369
'03 Sdr. Rudi Yusof - 0139181148
'04 Sdr. Mohd Safwan Ab Ghani - 0132416406
'05 Sdr. Ahmad Akmal - 01115653053
'06 Sdr. Amirulhafiz Hanif - 0132576918
'07 Sdr. Edi Pudi - 0193746961
Wakil muslimat, Sdri. @Adibah - 0132563491
Kaedah pembayaran :
1) Sila bank-in ke penama Muhammad Izzuddin Bin Mohammed Jaafar ( Bendahari ) ke bank :
CIMB: 03110022197525
Maybank: 162106910048
Bank Islam: 12038025432904
2) Sebaik sahaja selesai urusan transaksi, terus hantar Nama, No.Phone, Batch, Amount, Date, Time dan Reff. No. kepada wakil batch masing2.
3) PERINGATAN! Simpan resit transaksi anda sebagai bukti pembayaran pada hari pendaftaran nanti.
Sunday, August 21, 2011
Mesra Aidilfitri Al-Falah 2011
Thursday, December 30, 2010
KUNJUNGAN HORMAT AL-FALAH
Satu kunjungan hormat Al-Falah kepada Mudir SMKAF, Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Mahmood, telah dibuat pada 27 Disember bertempat di Pejabat Pengetua SMKAF. Delegasi ini yang diketuai oleh En. Razif Bin Abdullah, selaku YDP Al-Falah bersama 9 orang AJK Al-Falah dan warga alumni. Turut bersama ialah Tn. Hj. Ahmad Ghazilan Bin Ngah, PK HEM SMKAF. Beberapa perkara dan isu yang diketengahkan telah didiskusi dengan baik, di samping bertanya khabar tentang perkembangan semasa sekolah, terutamanya keputusan PMR 2010 yang baru sahaja diumumkan. Sesi diskusi ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Restoren Sakinah. Berikut adalah catatan perkara dan isu yang telah dibincangkan bersama.
1. Pencapaian PMR 2010.
- Secara keseluruhan, bagi 159 orang calon, pencapaian adalah menurun sedikit, namun bilangan calon yang mendapat 9A ialah seramai 20.
- Turut menjadi perhatian ialah bilangan calon yang gagal dalam subjek wajib SMKA iaitu Bahasa Arab (Komunikasi) iaitu seramai 32 orang, dan sekadar lulus minima seramai 42 orang. Hal ini demikian kerana kelapan-lapan subjek lain tiada calon yang mendapat lulus minima & gagal. Walaupun dari aspek tenaga pengajar yang cemerlang serta pelbagai program & bengkel kecemerlangan khusus untuk subjek BA(Kom) telah diadakan, namun antara faktor yang menyebabkan kegagalan ini ialah sikap pelajar itu sendiri, & fokus calon terganggu kerana spot check dari pegawai Lembaga Peperiksaan semasa sesi peperiksaan subjek BA(Kom).
- Tahniah kepada guru-guru bagi subjek Geografi, Sejarah & Kemahiran Hidup Bersepadu, kerana dapat mengekalkan prestasi pencapaian yang sangat memuaskan.
2. Tawaran belajar & penginapan asrama di SMKAF untuk pelajar perempuan di Tingkatan 1 pada sessi 2011.
- Al-Falah telah menyatakan pendirian sokongan penuh terhadap apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak sekolah, kerana keyakinan terhadap pihak pentadbir sekolah adalah lebih arif tentang situasi sekolah & rencana untuk melonjakkan prestasi, serta mencapai visi sekolah iaitu mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang 2015. Walaubagaimana pun, Al-Falah ingin juga mengetahui justifikasi pihak pentadbir sekolah dalam membuka tawaran ini, ekoran rasa cakna & ingin tahu tentang perkembangan semasa sekolah.
- Antara lain, tujuan tindakan ini adalah kerana ia sejajar dengan dasar meritokrasi; iaitu mengutamakan pelajar yang cemerlang tanpa mengira jantina, bangsa & agama. Dengan kata lain, sesiapa sahaja layak belajar di SMKAF sekiranya mencapai keputusan yang cemerlang.
- Turut dicadangkan satu perjumpaan dengan Ketua Sektor Pendidikan Islam, YBhg. Tn. Hj Ustaz Ab Razak Bin Mat Saad, bertujuan ziarah mahabbah bagi membina hubungan ukhuwah antara AJK Al-Falah dengan KSPI.
- Berkaitan dengan polemik yang ditimbulkan oleh sekumpulan individu yang menamakan kumpulan mereka sebagai Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH), pihak Alumni SMKA Falahiah (Al-Falah) menafikan mempunyai hubungan & merestui apa jua tindakan yang dibuat termasuk melalui laman sosial, siaran artikel dalam akhbar online, media cetak, kain rentang dan juga media-media alternatif peribadi. Namun Al-Falah tidak dapat menafikan kemungkinan yang menjadi dalang adalah bekas pelajar SMKAF juga. Justeru, Al-Falah juga berasa kesal sekiranya ada mana-mana pihak yang menuding jari kepada Al-Falah dalam isu ini, yang menjadi badan induk rasmi menaungi bekas pelajar & warga SMKAF, kerana hanya tindakan tersebut dibuat oleh bekas pelajar SMKAF. Al-Falah juga sangat bersetuju dengan pandangan Tn. Mudir berkenaan tindakan Bantah hanya mengundangkan masalah & menjejaskan nama baik sekolah & warga bekas pelajar.
3. Pembinaan blok-blok bangunan baru.
- Asrama untuk pelajar perempuan (ASPURI) telah siap & telah digunakan untuk penginapan pelajar perempuan tingkatan 6 bawah & 6 atas pada sessi 2010. Aspuri yang boleh menampung seramai 200 orang pelajar ini bakal turut menjadi penginapan bagi pelajar perempuan tingkatan 1 sessi 2011. Manakala pejabat pentadbiran asrama yang asalnya berlokasi di asrama blok B, akan menjadi bilik penginapan warden & pejabat akan berpindah ke blok Aspuri di aras 1.
- Sebuah blok bangunan kantin yang baru masih dalam pembinaan, berlokasi bersebelahan asrama blok C, yang akan menggantikan kantin yang sedia ada, yang akan direnovasikan kepada bilik study berhawa dingin untuk kegunaan para pelajar.
- Sebuah blok bangunan 3 tingkat bersambung dengan blok bangunan pejabat sekolah, juga masih dalam pembinaan, yang didirikan atas tapak asal bengkel pertanian Kemahiran Hidup. Bangunan ini akan terdiri daripada kelas-kelas serta makmal sains.
- Masjid sekolah juga masih dalam proses pembinaan untuk dibesarkan. Pihak sekolah amat mengalu-alukan mana-mana warga bekas pelajar atau pihak luar yang ingin memberi sumbangan untuk tujuan pembiayaan kos projek ini.
Dicatat oleh,
Setiausaha Agung
Alumni SMKA Falahiah
SELAMAT DATANG & KEMBALI KE SEKOLAH SESSI 2011
1. Kepada pelajar-pelajar baru, diucapkan selamat datang. Semoga dengan kehadiran saudara/i akan membawa momentum baru dalam melonjakkan lagi kecemerlangan di SMKA Falahiah.
2. Kepada pelajar-pelajar kanan, diucapkan selamat kembali menyambung pembelajaran sesi 2011. Buat para pelajar yang akan menghadapi PMR, SPM & STPM 2011, buatlah persedian seawalnya.
3. Kepada guru-guru yang dihormati serta dikasihi, didiklah para pelajar dengan penuh dedikasi serta keikhlasan supaya mereka bukan sahaja mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik, bahkan cemerlang dari aspek akhlak serta iman.
4. Kepada pihak pentadbir, rencanalah & uruslah sekolah dengan penuh rasa tanggungjawab dalam mencapai visi & misi sekolah yang telah dipersetujui bersama.
5. Kepada kumpulan staf sokongan, sumbangan anda semua adalah amat besar dalam menjayakan segala perancangan & pengurusan sekolah dalam melicinkan lagi segenap aspek aktiviti & gerak kerja.
Insya Allah, kerjasama erat semua pihak mampu mengekalkan tradisi kecemerlangan di SMKA Falahiah, insya Allah.
Tuesday, December 14, 2010
70 PELAJAR PEREMPUAN DI TINGKATAN 1 SMKA FALAHIAH
Melalui perbualan dengan Ustaz Abdul Rahman Bin Mahmood, Mudir SMKA Falahiah, beliau telah mengesahkan kemasukan seramai 70 orang pelajar perempuan ke SMKA Falahiah bermula sesi persekolah 2011. Di samping pelajar perempuan di tingkatan 6 Bawah & Atas yang telah mula belajar pada tahun 1997. Walaupun secara peribadi beliau agak keberatan untuk mengubah tradisi SMKA Falahiah, iaitu semua pelajar adalah lelaki, namun beliau turut berharap dengan perubahan ini akan turut melonjakkan lagi pencapaian kecemerlangan di SMKA Falahiah.
Subscribe to:
Posts (Atom)